BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Islam Iran, Tuan Yang Terutama Dr. Masoud Pezeshkian dan kerajaan serta rakyat Republik Islam Iran bersempena dengan Hari Kebangsaan Republik Islam Iran.